JGn sedih mari ketawa, KalO sudi FOLLOW laa
A10'daGuletz: 'Guys...I really Need HELP..."

Wednesday, July 6, 2011

'Guys...I really Need HELP..."

Assalammualaikum semua...Salam 1Malaysia...

Guys...I really Need HELP....

Saya dengan sukacita dan sangat-sangat berbesar hati sekiranya saya dapat membuat perbincangan/Forum dengan seluruh rakyat Malaysia yang sudi untuk menambahbaik draf tesis kajian saya...
Kaedah ini dipanggil sebagai  'Virtual Ethnography', iaitu lebih kepada perbincangan/forum untuk mendapatkan data,  pendapat, komen melalui laman sosial contohnya Facebook, Blog, Yahoo Messanger...etc.

Secara ringkasnya, tesis saya cuba mengkaji bagaimana elemen agama memberikan pengaruh yang besar terhadap dasar luar Malaysia sehingga mendorong Malaysia menentang sekeras-kerasnya campurtangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Iraq pada tahun 2003.

Elemen agama yang dimaksudkan ialah;

1. Islamic Brotherhood/Konsep Ummah - Tanggungjawab sesama negara Islam
2. Malaysia sebagai anggota OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam)
3. Penglibatan yang aktif Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Parti Islam -
4. Keperihatinan Masyarakat Islam di Malaysia 


Dalam Perbincangan/Forum ini, kita akan lebih fokus kepada elemen agama yang keempat. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin....

1. Apakah pandangan kita sebagai rakyat Malaysia/Masyarakat Islam terhadap campurtangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada tahun 2003?
2. Apakah Pandangan/pendapat kita sebagai rakyat Malaysia/Masyarakat Islam dengan tindakan Malaysia yang menentang sekeras-kerasnya campurtangan tersebut? Adakah kita menyokong atau sebaliknya?
3. Bagaimana pula caranya kita sebagai rakyat Malaysia/Masyarakat Islam menyokong tindakan Malaysia?
4. Pada pendapat kita adakah reaksi dan tindakan Malaysia menentang campurtangantersebut dipengaruhi oleh elemen agama seperti yang disebut di atas?
5. Apakah kesan/implikasi jika Malaysia/kerajaan tidak menentang pencerobohan tersebut?

Saya sangat-sangat mengalu-alukan respon, komen dan pendapat anda semua. Terima Kasih.

atenzdaguletz@yahoo.com
http://www.facebook.com/profile.php?id=756553137





No comments: