JGn sedih mari ketawa, KalO sudi FOLLOW laa
A10'daGuletz

Tuesday, November 15, 2011

Sabah: Tetamu Tak Diundang Ke?

 SETIAP GAMBAR ADA CERITA

"SABAH: Tetamu Tak Diundang Ke?"



"Kamu Orang Malaysia ke Orang Sabah?"

Nah, dapat lagi soalan yg bersalut bodo-bodo. Bukankah Malaysia terdiri daripada  14buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak? Bukankah sudah tertulispun dalam buku teks Sejarah, Bahasa Melayu, Pengajian Am, kajian Tempatan, Pendidikan Sivik, Geografi dan banyak lagi buku teks di sekolah (rendah & Menengah) bahawa Sabah & Sarawak itu terletak dalam Malaysia? Mengapa seringkali penduduk Sabah ditanya begitu? Sedangkan kita belajar buku-buku teks yang sama? Kita baca, dengar dan tengok media yang sama?

Memanglaa Sabah & Sarawak tu disebut Borneo...TAPI, tetap dalam Malaysia. So, Borneo itu dalam Malaysialah jugak kan? Kadang-kadang sedih juga bila terpacul soalan serupa itu dari mulut-mulut sesetengah 'rakyat Malaysia'. Seolah-olah Sabah adalah negeri asing...memangnya Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia kah? Adakah Malaysia itu hanya negeri-negeri yang terletak di Tanah Semenanjung sahaja? Dalam Declaration of Independence pun jelas menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak itu sebahagian daripada Malaysia dan Labuan itu Wilayah Persekutuan.

Hati menjadi lebih Sayu dan pilu apabila ditanya soalan-soalan yang diluar paksi logik;

Orang Sabah masih tinggal atas pokok?
Orang Sabah ada ekor?
Di Sabah ada jual Baldi?
Kalau nak pergi Sabah naik bas berapa jam?
Kalau pergi Sabah kena guna matawang apa?


Itu antara soalan-soalan yang biasa diaju kepada penduduk Sabah. Ya Allah, sampai begitu sekali pandangan mereka terhadap Sabah? sedangkan dalam mana-mana media, buku-bukupun belum pernah lagi saya terbaca dan tertengok orang-orang Sabah tinggal atas pokok dan ada ekor. Ajaib, dari mana datangnya idea atau fakta itu? Sejak saya mula melihat dunia, sekian lama menetap di Sabah, semiskin-miskin pribumi Sabah tak ada yang tinggal di atas pokok. Sekurang-kurangnya pondok untuk berteduh. Dan, menjadi orang Sabah, saya tak pernah tumbuh ekor macam Son Goku tu. Begitu juga yang lain. Walaupun Sabah hidup di kepulauan Borneo, tidak semestinya spesis kita berbeza dengan orang yang hidup di Kepulauan Melayu. Bukankah Tuhan menjadikan manusia sama sahaja di muka bumi ini?
Ah, telinga ini pun sudah lali mendengar penduduk Sabah  dikatakan ketinggalan Zaman. Negeri Miskin, Negeri Mundur. Dan paling ketara, 'jakun', buta teknologi. istilah-istilah itulah yang selalu disinonimkan dengan Sabah. Sehina itukah Sabah? Takpelaa...sekurang-kurangnya kita ingat asal-usul...sekurang-kurangnya kita tahu Sabah & Sarawak itu sebahagian daripada Malaysia...siapa yang miskin, mundur dan jakun sebenarnya???


Renung-renungkanlah...



Thursday, October 13, 2011

Cerita Dari Lagu...

Dear Blog,


Memang tak ada *lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku tuk’ jadi pacarmu

Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik

Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Maka dari itu kamu terus jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua...


*highlight merah - tukarlaa apa yg patut.

Hurm...pinjam lu lagu Aliff Satar nh...Lagu nh sebenarnya menceritakan apa rasa hati sy...sy dah cuba explain tapi tak sampai...moga lagu nh memberi sedikit gambaran...



Wednesday, October 12, 2011

Hobiku...


Dear Blog,

Salah satu hobi sy ialah MEMASAK. Kalau sudah namanya hobi memasak tu, p G pasarpun pebretlaa juga tu kan. Sy memang suka memasak, suka 'shopping' dekat pasar. Sy tak boleh tahan tengok sayur-sayuran yang fresh...dengan daun-daun yang menghijau dan subur terutamanya sayuran daun...pantang eh...kalau tengok lama-lama ble stress jadinya...kalo sy da ada dekat pasar, maunya satu pasar tu sy borong...hehehe...dan biasanya kalo sy yang p pasar, mak sy selalu akan bising...yela, sy bawa balik berkilo-kilo sayuran...tapi, suma sayuran jenis daun yang hijau, fresh, mekar dan subur....contohnya, bayam, sawi, sawi putih, baby kailan, kailan...ect.

Bila cakap pasal masak-memasak nh...saya memang suka memasak. Bukanlaa tahap masakan 5stars tapi blelaa dipuji-puji sedap...mungkin sebab dalam family kami suma perempuan...kena lagi kakak-kakak sy tu suma hebat-hebat di dapur...cakap je, kek, biskut, kuih, dan suma jenis masakan sure kakak-kakak sy paling pro...ble da jadi katering...kl teda resepi, men hentam jakpun tetap jadi masakan yang sedap...maka dengan itu, sypun suka memasak dan sedikit sebanyak sy belajar memasak dari diaorang/kawan-kawan dan ada juga yang sy p modify sendiri dari resepi...hihihi...

Korang tau tak apa keburukannya suka memasak? Tak perlulaa sebut kelebihan memasak, sebab suma orang tau...kan ada tukang masak itu best...nh keburukan bila nafsu memasak tak dapat dikawal...


Hari ni sy memasak sampai tak ingat dunia...menupun melampau-lampau...walaupun suma masakan mudah, tapi banyak jenis...dan lebih malang...sy seorang saja yang makan...sebab sy seorang jak duduk di umah...adeiii...dan sy terpaksa menghabiskan makanan yang banyak itu seorang...nasib baiklaa 3hari dah sy tak makan nasi...hahahha...lepas ni, naiklaa 5kg...OMG!

Oleh kerana sy suka memasak, maka sy rasa sy WAJIB tau mcmmna maw kontrol nafsu memasak nh...hihihi...korang tak tau mcmmana nikmatnya memasak nh...ble lupa diri...tak ingat dunia...ada-ada jak idea masakan yang masuk dalam kepala otak nh...duhhh...
Takpelaa...korang suma, sy maw menjamu selera dulu yek! Jemput Makan suma!


Saja-saja Je...

Salam

Dear Blog,

Hari ni sy happy sesangat...sebabnya? Hehehe...short interview via email sy ada respons...yeah! Syukur, alhamdullilah. Oleh kerana terlalu suka ati...maka, masa lapang sy habiskan dengan 'modify' sandal sy yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Thanks to Cici Dyesebella kerana menjadi sumber inspirasi dan menjadikan sy kreatif serta merta.

Haaa...nh dya sandal yang belum d'makeOver...Duii...buruk sudah...Tapi sayang maw buang sebab tapak dya masih cantik...


Ameklaa bahan-bahan yang dirasakan perlu untuk makeover...

Tadaaa!!! Nah, cute sudah sandal sy...hehehe...


Moralnya: Jangan buang benda yang masih boleh d'modify & d'makeover...kadang-kadang benda tu akan jadi lebih cantik dari yang asal!


Tuesday, October 4, 2011

Bicara Hati Yang Terdalam...

Salam...

Dear Blog,
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai

Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas

Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu...

AKU: Hampir 'Give Up...'
HATI: EMPTY...
JIWA: LONELY...


Wednesday, September 14, 2011

Again...

Salam...

Hari nh dapat soalan bonus lagi..."Bila Maw plan kawen?"
Alahai...huhuhu...baca doa dulu dalam hati...moga2 dapat jawablaa soalan mencabar itu...
KAWEN?
Penat sudah ku dapat soalan bersalut emas itu...
"Insyallah, kalau ada jodoh..."
"Teda calon, macam mana maw kawen?"
"Belum terfikir lagi..."
"Nantilaa kalau dah keje..."
Itu antara jawapanku yang lepas-lepas...kali nh maw bagi jawapan apa ya?
Fikir...fikir...
Last-last...
"Entah..."
(Sambil ketawa - sebenarnya cover - habis da jawapan...kuikui...)
Nah, memang da agak da..."Jual mahal kot..."
Aduhai...apa lagi maw dikata?
http://www.emocutez.com
(Bagus diam-diam saja)
"Sesungguhnya Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan..."

Wednesday, September 7, 2011

Kawen?

Salam Lebaran (Raya ke-9)

Hari ini ku tak sihat...rasa lenguh lemah je nh antibody nh...ala2 demam gitu...Huhuhu...makanya, ku dok tiarap je sampai petang menghadap lappy...kuikui...bertambah-tambah lemah rasanya...hah, sapa suh M.A.L.A.S (Eja yek). Tapi, dalam malas2 ku itu sempat jua ku masak sup...Hmmm...adalaa tambah tenaga sket...


Hari nh ku dapat soalan bonus...cepu emas gitu..."Bila maw kawen...?" Hah, kawen? tak salah pendengaran ke? Hihihi...ramai je tanya ku bila maw kawen nh...huhuhu...korang AMIN-AMINkanlaa supaya ku cepat kawen...pas tu takkan ada g yang nak menanya soalan yang menyeksakan itu...huhuhu...AMIN. Jadi kupun malaslaa maw ulas panjang lebar...agaknya nh dah kira menjawab semua persoalan tentang KAWEN kot...

"Kenapa Lambat...?" 
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku...
"Dah Berpunya...?"
Ya. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing...
"Siapa?"
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
"Bila?"
Bila kami dah dipertemukan...InsyaAllah jemput datang ke walimatulurusku nanti...

http://www.emocutez.com
P/S: Janganlah selalu bertanya bila saya nak kawen...Kerana semua rahsia saya terletak di tangan Allah S.W.T. Sampai masa Allah akan membongkarkannya..Peace ^_^v