JGn sedih mari ketawa, KalO sudi FOLLOW laa
A10'daGuletz: November 2011

Tuesday, November 15, 2011

Sabah: Tetamu Tak Diundang Ke?

 SETIAP GAMBAR ADA CERITA

"SABAH: Tetamu Tak Diundang Ke?"



"Kamu Orang Malaysia ke Orang Sabah?"

Nah, dapat lagi soalan yg bersalut bodo-bodo. Bukankah Malaysia terdiri daripada  14buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak? Bukankah sudah tertulispun dalam buku teks Sejarah, Bahasa Melayu, Pengajian Am, kajian Tempatan, Pendidikan Sivik, Geografi dan banyak lagi buku teks di sekolah (rendah & Menengah) bahawa Sabah & Sarawak itu terletak dalam Malaysia? Mengapa seringkali penduduk Sabah ditanya begitu? Sedangkan kita belajar buku-buku teks yang sama? Kita baca, dengar dan tengok media yang sama?

Memanglaa Sabah & Sarawak tu disebut Borneo...TAPI, tetap dalam Malaysia. So, Borneo itu dalam Malaysialah jugak kan? Kadang-kadang sedih juga bila terpacul soalan serupa itu dari mulut-mulut sesetengah 'rakyat Malaysia'. Seolah-olah Sabah adalah negeri asing...memangnya Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia kah? Adakah Malaysia itu hanya negeri-negeri yang terletak di Tanah Semenanjung sahaja? Dalam Declaration of Independence pun jelas menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak itu sebahagian daripada Malaysia dan Labuan itu Wilayah Persekutuan.

Hati menjadi lebih Sayu dan pilu apabila ditanya soalan-soalan yang diluar paksi logik;

Orang Sabah masih tinggal atas pokok?
Orang Sabah ada ekor?
Di Sabah ada jual Baldi?
Kalau nak pergi Sabah naik bas berapa jam?
Kalau pergi Sabah kena guna matawang apa?


Itu antara soalan-soalan yang biasa diaju kepada penduduk Sabah. Ya Allah, sampai begitu sekali pandangan mereka terhadap Sabah? sedangkan dalam mana-mana media, buku-bukupun belum pernah lagi saya terbaca dan tertengok orang-orang Sabah tinggal atas pokok dan ada ekor. Ajaib, dari mana datangnya idea atau fakta itu? Sejak saya mula melihat dunia, sekian lama menetap di Sabah, semiskin-miskin pribumi Sabah tak ada yang tinggal di atas pokok. Sekurang-kurangnya pondok untuk berteduh. Dan, menjadi orang Sabah, saya tak pernah tumbuh ekor macam Son Goku tu. Begitu juga yang lain. Walaupun Sabah hidup di kepulauan Borneo, tidak semestinya spesis kita berbeza dengan orang yang hidup di Kepulauan Melayu. Bukankah Tuhan menjadikan manusia sama sahaja di muka bumi ini?
Ah, telinga ini pun sudah lali mendengar penduduk Sabah  dikatakan ketinggalan Zaman. Negeri Miskin, Negeri Mundur. Dan paling ketara, 'jakun', buta teknologi. istilah-istilah itulah yang selalu disinonimkan dengan Sabah. Sehina itukah Sabah? Takpelaa...sekurang-kurangnya kita ingat asal-usul...sekurang-kurangnya kita tahu Sabah & Sarawak itu sebahagian daripada Malaysia...siapa yang miskin, mundur dan jakun sebenarnya???


Renung-renungkanlah...