JGn sedih mari ketawa, KalO sudi FOLLOW laa
A10'daGuletz: October 2012

Sunday, October 14, 2012

Biarlah Hati Berbicara...

Dear Blog,


I
Yang Terindah...
(Kau yang Memberi Rasa)


Hurmmmmmmm...(tak baik mengeluh kan?) Tauuu, tp sejak dua menjak nh...sejak kebelakangan nh...emosi ini serasa sangat sangat berat...stress? rasanya takde benda yg buat sy stress sangat sampai jiwa dan perasaan terasa tidak bermaya...layu saja ku rasakan diri ini...Hmmmmm (lagi mengeluh).

Hati ini rasa kacau...minda tidak tenteram...tapi, tak tahu macam mana supaya dapat memuntahkan segala keresahan yang terbenam di dada...Hurm. Berat! sy betul2 rasa terdera...(T_T)
Masalah? Bukaaannn...sy rs itu bukanlaa satu masalahpun...tapi apa? beban? Mungkin beban...Tapi, sejak dari itu sy memang telah mnyatakan kesanggupan sy...mungkin itu risiko? Ya, rasanya itula jawapan yg sesuai kepada situasi diri ini sekarang...RISIKO...

Sy rasa risiko ini sgt berat...tp, sy masih sanggup...sy xkn give up...cuma, sometimes sy rasa sy tak kuat...jiwa sy terdera...sampai satu masa tu sy sendiri berfikir dan bertanya pada diri...betulkah keputusan yang sy buat nh??? masalahnya...sy sendiri tak dapat cari jawapannya...bukan tak dapat...sy tak mampu berikan jawapan...maafkan saya HATI...

Pejam mata (sambil menarik nafas panjang)...hurm. Saat ini sy tak tahu apa harus sy expresikan diri sy skarang...hey, sy rasa bahagia...bahagia sangat2...sy happy...sy tak sangka efek yg sy terima smpi macam nh sekali...dalam 1 masa, sy boleh rasa 1001 macam rasa...kamu tahu, sy memang bahagia kerana sy ada kamu...terima kasih kerana memberikan sy rasa itu...Kamu tahu tak, kamu satu2nya yg PERNAH buat sy rasa macam nh...bahagia...tp dalam masa yang sama sengsara...gembira tp dalam masa yg sama bersedih...Terima kasih kerana kamu telah beri sy 1001 macam rasa dalam sekelip mata...


II
Ku Impi Euforia Cinta Kita...




Sy sukaaaaa sgt baca komik nh...saya dah baca berulang kali...ntah brapa ratus kali da...asal baca, sy mesti nangis...hahaha...padahal bukan kisah sedihpun...huhu...tak tau napa mesti nangis...mungkin tersentuh kot...taaaakkkk, sy rasa sebab kisah dya sama macam kisah sy...kalau before nh sy mmg tak tau mcmna mau expresikan perasaan sy...tapi, kisah dalam komik nh mungkin sangat membantu untuk menjelaskan perasaan sebenar sy...^^v



III

Loves this quote...



This quote describe us. Will our's going stronger?

Thursday, October 4, 2012

KISAH HATI (I)


Dear Blog,

Sy pilih awak (blog) untuk jadi teman terbaik sy untuk berkongsi semua apa yang sy rasa kebelakangan ini…Bukan sy teda tempat untuk mengadu…atau teda teman untuk berkongsi…ada, sy ada DIA (tetap yg terutama), sy ada bestfriend, sy ada si dia dan sy juga ada family untuk tumpangkan segala rasa sy ketika ini…tapi, sy tetap pilih awak…napa? Sebab sy lebih senang begitu…sy lebih lega jika sy dapat muntahkan semua melalui jemari pada sekeping kertas…dan mungkin satu masa nanti, sy boleh ulang baca sebagai peneguh sang hati yang kadang-kadang rasa goyah…


“Life is hard…But So Very beautiful…”
Ya, memang benar hidup ini agak sukar…tapi, dalam masa yang sama terselit keindahannya. Sy tau, sy tak patut mengeluh dalam perjuangan hidup sy…sy patut sentiasa rasa bersyukur apa yang sy miliki sekarang…sebab sy tau, hidup sy masih sangat sempurna jika dibandingkan dengan hidup orang lain…hakikatnya, sy tetap manusia…seorang insan yang kadang-kadang lemah dengan ujian hidup sehingga memperdengarkan keluhan dari sudut hati yang terdalam…dan sy terpaksa mengakui bahawa kebelakangan ini sy rasa agak terhimpit dan hampir tersesak malah lemas dalam lautan yang sukar…


Duhai hati…
Seringkali sy memujuk si hati agar tidak terus gundah dan resah…tidak putus-putus membisikkan kata-kata semangat pada jiwa…cuba menyalurkan sedikit ketenangan pada naluri agar diri tidak terus hanyut dan terbuai-buai dalam arus yang ganas menghempas pantai hidup. Biasanya sy berjaya menghalang sebarang anasir negatif daripada menceroboh seterusnya menguasai minda kekal sy…Cuma kebelakangan ini, serasa minda itu terlalu penuh dan padat sehingga tidak mampu memproses segalanya untuk santapan sang akal…terlalu berat perasaanya bila minda tidak serasi dengan kata hati…jiwa itu yang rasa terdera…terdera amat. Dan sy tak mampu nafikan semua apa yg sy rasai kini…apa yang patut sy lakukan? Rasa tidak terdaya menanggung beban perasaan ini…Argghhh!!!


“Life doesn’t get easier, you just get stronger…”
Bila terlalu berdiam diri…terlalu memendam rasa…Cuma bait-bait indah sahaja menjadi penawar gundah di kalbu…hidanglah mata sebanyak mungkin bait-bait indah agar segala rongga-rongga dalam jasad dilitupi oleh semangat yang jitu…persembahkan si hati dan minda kata-kata manis agar diri ini terus hidup dalam rasa motivasi yang teragung…Tiuplah roh dengan doa agar tidak melayang jauh dan tersesat dalam lembah kegelapan…Tolong, jangan jadi insan yang lemah!