Dear Blog,
Sy pilih awak (blog) untuk jadi teman terbaik sy untuk berkongsi semua apa yang sy rasa kebelakangan
ini…Bukan sy teda tempat untuk mengadu…atau teda teman untuk berkongsi…ada, sy
ada DIA (tetap yg terutama), sy ada bestfriend, sy ada si
dia dan sy juga ada family untuk
tumpangkan segala rasa sy ketika ini…tapi, sy tetap pilih awak…napa? Sebab sy
lebih senang begitu…sy lebih lega jika sy dapat muntahkan semua melalui jemari
pada sekeping kertas…dan mungkin satu masa nanti, sy boleh ulang baca sebagai
peneguh sang hati yang kadang-kadang rasa goyah…
“Life is hard…But So Very
beautiful…”
Ya, memang benar hidup ini agak
sukar…tapi, dalam masa yang sama terselit keindahannya. Sy tau, sy tak patut
mengeluh dalam perjuangan hidup sy…sy patut sentiasa rasa bersyukur apa yang sy
miliki sekarang…sebab sy tau, hidup sy masih sangat sempurna jika dibandingkan
dengan hidup orang lain…hakikatnya, sy tetap manusia…seorang insan yang
kadang-kadang lemah dengan ujian hidup sehingga memperdengarkan keluhan dari
sudut hati yang terdalam…dan sy terpaksa mengakui bahawa kebelakangan ini sy
rasa agak terhimpit dan hampir tersesak malah lemas dalam lautan yang sukar…
Duhai hati…
Seringkali sy memujuk si hati
agar tidak terus gundah dan resah…tidak putus-putus membisikkan kata-kata
semangat pada jiwa…cuba menyalurkan sedikit ketenangan pada naluri agar diri
tidak terus hanyut dan terbuai-buai dalam arus yang ganas menghempas pantai
hidup. Biasanya sy berjaya menghalang sebarang anasir negatif daripada
menceroboh seterusnya menguasai minda kekal sy…Cuma kebelakangan ini, serasa
minda itu terlalu penuh dan padat sehingga tidak mampu memproses segalanya
untuk santapan sang akal…terlalu berat perasaanya bila minda tidak serasi
dengan kata hati…jiwa itu yang rasa terdera…terdera amat. Dan sy tak mampu
nafikan semua apa yg sy rasai kini…apa yang patut sy lakukan? Rasa tidak
terdaya menanggung beban perasaan ini…Argghhh!!!
“Life doesn’t get easier, you
just get stronger…”
Bila terlalu berdiam diri…terlalu
memendam rasa…Cuma bait-bait indah sahaja menjadi penawar gundah di
kalbu…hidanglah mata sebanyak mungkin bait-bait indah agar segala rongga-rongga
dalam jasad dilitupi oleh semangat yang jitu…persembahkan si hati dan minda
kata-kata manis agar diri ini terus hidup dalam rasa motivasi yang teragung…Tiuplah
roh dengan doa agar tidak melayang jauh dan tersesat dalam lembah
kegelapan…Tolong, jangan jadi insan yang lemah!
No comments:
Post a Comment