JGn sedih mari ketawa, KalO sudi FOLLOW laa
A10'daGuletz: Jika Ditanya...

Tuesday, September 6, 2011

Jika Ditanya...

Assalammualaikum....

Orang Selalu tanya...

"Bagaimana lelaki idaman ko?"
"Lelaki macam mana yang ko suka?"
"Apa ciri-ciri lelaki yang buat ko terpikat?"

Dan, ku selalu jawab...

"Tak kisah...yang penting hati saya suka..."

Serius! Ku tak kisahpun kalo lelaki itu ada rupa...teda rupa...kaya...teda duit...ku memang tak kisah. Sebabnya ku ada prinsip...ku mahu belajar setinggi mungkin...bina kerjaya sendiri...kumpul harta sendiri...so, bila ku ada semua, ku tak perlu lelaki yang banyak harta...sebab ku ada semua itu...betul kan? Ku cuma perlu lelaki yang hati ku cakap 'sayang'...biarlaa dya teda apa-apapun...itu lelaki idamanku. Hehehe...mungkin ciri-ciri lelaki idamanku itu terlalu umum...heee~ (Buat masa ni itu jak yangku dapat nampak, rasa, lihat dan fikir tentang lelaki idamanku). Bukannya apa, berdasarkan pengalaman persekitaranku kalo kita terlalu menetapkan secara spesifik ciri2 lelaki idaman kita...kompem tak dapat punya...contohnya;

Senario 1

Adalaa seorang hamba Allah ini...memang tak pernah bercinta lagi dya ni...sebabnya ciri2 lelaki idaman dya memang tak logik...macam teda dalam dunia...

1. Tinggi (ala2 model g2)
2. Bibir merah
3. Manis senyuman
4. Mata Memikat
5. Kulit cerah...

Dan...bla...bla...ntah apa lagi tu...ku tak ingat lagi...duii, mana ada lelaki yang sesempurna itu kan??? Imaginasi betul...Last2, dapat pulak dya lelaki yang sebaliknya...nasib bek lelaki itu baik tau...syukur alhamdulillah...hehhehe...jadi moralnya???? Tuhan itu Maha Adil...


Senario 2

Nh dah ramai kes nh...yelaa duk asyik cari mamat yang muka Hensem je... yang tinggi...duii...last2 dapat yang tak hensem dan rendah pula...heheheheh...moralnya? Terimalaa seadanya kan?m


Haaaa...sebab tulaa ku tak maw meletakkan apa2 syarat kalo nak cari pasangan...hahahha...asal hatiku cakap suka...nah, syukurlaa tu...ikut kata hati, jangan ikut fikiran je...tapi, pa2pOn kena berfikir gak...huhuhu...

TAPIKAN...baru2 nh ku ada baca 1 novel..BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT tulisan Syud...Waaaaahhhh, sesungguhnya selain daripada Ramlee Awang Murshid...Syud adalaa penulis pebret ku...huhuhu...sumpah, novel Syud seolah2 menjadikan kita watak dalam novel tu...sangat berkesan! Ada apa dengan novel Syud tu??? Haaa...Sebab novel tu laa ku telah JATUH CINTA...sebab novel tu juga ku dah tahu spesifiknya ciri-ciri lelaki idamanku...o'yeah!

Ku telah Jatuh Cinta pada Muhammad Firas Adam, watak utama dalam Baju Melayu Hijau Serindit...Rasanya Firas tu bukanlah seorang lelaki yang hensem...Hahaha...padanlaa dengan nama jolokan 'Shrek'. Hehehehe...pada ku, Firas dari segi fizikal cuma 'Just Nice' sahaja...tidak buruk dan tidak hensem...neutral gitu...tapi tu suma tak penting...yang telah membuatkan ku Jatuh Cinta padanya ialah sifat dan sikapnya yang 'COMEL'. Wah, daripada penghayatan watak Firas, dya merupakan seorang lelaki yang Comel dan bersahaja - bukan dari segi fizikal tapi imej, sikap dan sifat. Hmmm...I like! Ku sangat2 tertarik pada watak itu...sampaikan novel itu ku baca berulang kali hanya kerana jatuh cinta pada watak Firas! Boleh plak terbawa2 dalam mimpi...siap terbayang2 g...mak aiii...Gila bayang ka tu? Hmmm...nampaknya Syud kena bertanggungjawab sebab telah buat ku Jatuh Cinta pada watak ciptaannya itu :( Kerana, novel tu satu2nya yang betul2 menjadikan ku seorang yang 'gila'. Huhuhu....OMG...am I crazy???? OMG...mengucap...ingat Tuhan...hukhuk...


Dan setelah difikir semasak-masaknya...ditimbang yang kurang...d'Balance suma...maka, kompemlaa sudah lelaki idamanku adalah seperti Muhammad Firas Adam itu...sesungguhnya watak itu membuatkan jiwaku tak keruan...Adeiii...! Bila ku cakap lelaki idamanku seperti Firas,  bukan bermakna seluruh watak dari ujung kaki sampai ujung rambut itu perlu sama...sebijik dan sejibik...bukan...Tak kisahlaaa...macam manapun...sebab ku hanya Jatuh Cinta pada Sifat dan Sikap Firas sahaja...yang macam mana tu??? (bacalaa novel Baju Melayu Hijau Serindit....Plzzzz...) sebenarnya, ku suka RELATIONSHIP yang CHOMELLLLL....Hahahahaha...itu yang betul...ku idamkan lelaki idaman yang COMEL (bukan fizikal). Comel dan bersahaja...kan ceria dan meriah! Hahahaha...Tapi, apapun...syukurlaa apa yang ada...terima dya seadanya kerana Tuhan itu Maha Adil :)


Pesanan Penaja;

ELAK c dya yang...

1.  DAYUS & PANAS BARAN - baru title GF/BF, teda ikatan lagi dah pandai naik tangan...tampar sana sini...tendang sini situ...ingat kita nh bola tampar & bola sepak apa??? Gila...WAJIB jauhi...
2. TAK SEDAR DIRI - Amboi, baru kapel dah sibuk perintah itu ini...Jangan inilaa...jangan itulaaa...alasan? T tak cium bau syurga kunun...Girls, kalo masi status BF, syurga bukan di telapak kaki BF tau??? Selagi tak kawen, syurga kita d'telapak kaki ibu...ok, girls?
3. TEMBERANG - Duii, cpt2laa blah kl dapat BF/GF jenis nh ok? Kalo temberang dya untuk kebaikan, takpe...hihihi...Tapi temberang yg mencalar maruah kita, pijak je...Jangan Pandang Belakang ok?!
4. BERKIRA - Tak mau laaa...t makan n tgk wayangpOn kita yg sponsor...itu kewajipan BF...GF sekali sekala boleh je...tp, kl asyik GF je yang sponsor macam pelik pulak kan? Hahahaha...Hmmm...kl terlalu pemurahpOn tak baik juga sebenarnya...Jgn yek...biar ada limit...anda tau limit anda di mana :)
5. Add on? Hehehehe~


Minta Maaf kalao ada salah silap...takde kaitan dengan yang idup mahupun yang da mati...Sekian.










No comments: